Monday, January 19

Appreciate

Bila kau dah dapat benda yang paling kau nak, tolong hargai. Mungkin sebalik tabir sebelum benda tu sampai ke tangan kau, ada liku liku yang si pemberi tempuh well yea sometimes things dont go as we planned kan

Dah dapat, hargai. Tak dapat, usaha sendiri. Jangan nak merengek lah macam orang sekeliling kau tu atm machine. Please la dah besar kan?

Konsep sama bila kau nakkan seseorang, dan bila kau dah dapat, kau tolong lah hargai dia ok
Dah tu je

Thursday, January 8

Late birthday post

Umur 22 tahun tak bermaksud all the fun stuff aku kena ketepikan sebab memang sifat budak budak dalam diri aku dah tak boleh nak buang. Alah takkan nak serius nak grumpy setiap masa pulak. Ada masa kena fikir matang selaras dengan usia. Ada masa jadi lah budak budak jadi lah terejal jadi lah mengada-ngada.

Aku tak mintak banyak, aku cuma nak Tuhan sempatkan aku rasa hidup bermandikan peluh cari duit sebab nak repay kerja keras parents yang dah penat lelah raising aku yang serba serbi rebelious dan troublesome. 

Aku nak Tuhan sempatkan aku kahwin dengan orang yang paling aku sayang. Sebab aku nak tunggu dia kat pintu syurga nak hidup sama dalam syurga hmm jiwang kan hm sikit je ala bagilah can!

Aku nak Tuhan sempatkan aku experience baby dalam perut. Bila tapak kaki kecil dia setepek nampak kat perut, bila dia bergerak aku jerit "abang, tengok ni!" Pastu berkejaran husband aku dapatkan perut aku, pegang, pastu bagi salam pastu kecewa sebab baby dah tak gerak sebab baby lagi sayang ibu dari ayah dia. Bila baby keluar, ayah dia punya excited nampak jelas. Diazan/iqamah kan baby depan mata kepala. SubhanAllah!

Aku nak Tuhan sempatkan semua.

Just when youre about to give up dengan life kau yang konon nya miserable, kau ingat je nikmat Tuhan yang dulu, yang sekarang dan yang bakal kau dapat. Insya Allah kau rasa bahagia dan cukup ☺

Oh and happy 22nd birthday to myself. Alhamdulillah wa syukurillah ��

Thursday, January 1

summary


Pejam celik dah 2015 dah yang pelik nya kenapa status aku masih bujang! bila isi apa apa borang dengan usia setua ni (22 tahun je pun) aku dah patut letak status 'berkahwin, dua orang anak'

Kalau tanya aku azam 2015 aku dah malas nak cite. jujur lah kan list out 10 tapi yang jalan cuma 1 atau 2 azam je kot. contoh azam aku setiap tahun 'nak kurus' weh gemuk jugak tak kurus kurus pun. makin gemuk ada lah kot. makin aku tua ni aku makin malas nak buat azam tahun baru. cukup aku improve diri sendiri, improve kualiti hidup aku dan ibadah aku rasa tu dah molek sangat dah. Kalau tanya pengalaman paling best tahun 2014, i would definitely say that terlalu banyak untuk aku jot down tapi paling best waktu satu family went for our Sabah trip!

Kalau tanya apa yang paling tak best, well, part aku dapat tahu aku tak dapat grad on time dengan Faisal plus kena extend sampai part 7. Kalau tanya peristiwa yang aku tak boleh lupa of course lah i would say pasal those plane tragedies. I cant imagine the pain of losing the people that i love. Kalau tanya benda paling unpleasant untuk tahun 2014, i would straight away cakap pasal those fights i had with my housemates. Kalau tanya apa yang paling nak untuk tahun 2015, aku tak mintak banyak cuma aku doa sangat me and Faisal selalu support each other, appreciate dan sayang each other like always. 

Dan aku doa moga Tuhan panjangkan usia orang orang yang aku sayang. semua sekali. dan moga Tuhan merahmati hidup aku dan semua yang aku cinta. harap harap 2015 banyak yang indah indah dari yang jelik kan? Insya Allah biiznillah