Thursday, January 8

Late birthday post

Umur 22 tahun tak bermaksud all the fun stuff aku kena ketepikan sebab memang sifat budak budak dalam diri aku dah tak boleh nak buang. Alah takkan nak serius nak grumpy setiap masa pulak. Ada masa kena fikir matang selaras dengan usia. Ada masa jadi lah budak budak jadi lah terejal jadi lah mengada-ngada.

Aku tak mintak banyak, aku cuma nak Tuhan sempatkan aku rasa hidup bermandikan peluh cari duit sebab nak repay kerja keras parents yang dah penat lelah raising aku yang serba serbi rebelious dan troublesome. 

Aku nak Tuhan sempatkan aku kahwin dengan orang yang paling aku sayang. Sebab aku nak tunggu dia kat pintu syurga nak hidup sama dalam syurga hmm jiwang kan hm sikit je ala bagilah can!

Aku nak Tuhan sempatkan aku experience baby dalam perut. Bila tapak kaki kecil dia setepek nampak kat perut, bila dia bergerak aku jerit "abang, tengok ni!" Pastu berkejaran husband aku dapatkan perut aku, pegang, pastu bagi salam pastu kecewa sebab baby dah tak gerak sebab baby lagi sayang ibu dari ayah dia. Bila baby keluar, ayah dia punya excited nampak jelas. Diazan/iqamah kan baby depan mata kepala. SubhanAllah!

Aku nak Tuhan sempatkan semua.

Just when youre about to give up dengan life kau yang konon nya miserable, kau ingat je nikmat Tuhan yang dulu, yang sekarang dan yang bakal kau dapat. Insya Allah kau rasa bahagia dan cukup ☺

Oh and happy 22nd birthday to myself. Alhamdulillah wa syukurillah ��

No comments:

Post a Comment